awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 termasuk bayi maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza

Bernama
Bernama
10/03/2024
05:15 MYT
2 termasuk bayi maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza
Seorang bayi perempuan berusia dua bulan meninggal dunia di Hospital Kamal Adwan di utara Gaza dan seorang lagi berusia 20 tahun meninggal dunia di Kompleks Perubatan Al-Shifa kerana kekurangan zat makanan dan dehidrasi. -Gambar fail/Reuters
GAZA: Angka kematian rakyat Palestin akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi di Semenanjung Gaza susulan serangan berterusan Israel sejak 7 Okt lepas telah meningkat kepada 25 orang.
Kementerian Kesihatan di Gaza berkata dua lagi kematian dilaporkan, termasuk seorang bayi, lapor Agensi Anadolu.
"Seorang bayi perempuan berusia dua bulan meninggal dunia di Hospital Kamal Adwan di utara Gaza dan seorang lagi berusia 20 tahun meninggal dunia di Kompleks Perubatan Al-Shifa kerana kekurangan zat makanan dan dehidrasi," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.
Kementerian itu berkata angka kematian yang diumumkan hanya melibatkan mangsa yang dimasukkan ke hospital.
"Peningkatan bilangan penduduk yang kekurangan zat makanan dan dehidrasi amat membimbangkan dan mengesahkan bahawa kebuluran di utara Gaza telah mencapai tahap maut," katanya.
Serangan berterusan Israel setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 30,960 orang dan 73,000 lagi cedera selain menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#Israel
#bayi
#kekurangan zat makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan