20 jemaah umrah terbunuh, puluhan cedera akibat kemalangan

Agensi
Mac 28, 2023 01:45 MYT
Beginilah keadaan bas yang membawa jemaah umrah yang melanggar sebuah jambatan di Aqabat Shaar di wilayah selatan Arab Saudi. Kemalangan itu menyebabkan 20 jemaah terbunuh sementara puluhan lagi cedera. - Gambar Twitter @AlArabiya_KSA
RIYADH: Seramai 20 jemaah umrah terbunuh sementara puluhan lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas melanggar jambatan di Arab Saudi.
Media-media tempatan melaporkan, insiden berkenaan berlaku di sebuah daerah di wilayah selatan ketika bas berkenaan dalam perjalanan membawa jemaah ke Mekah.
Menurut laporan portal berita Arab News yang memetik stesen televisyen El-Ekhbariya, kemalangan itu berlaku sekitar pukul 4 petang di Aqabat Shaar.
"Mengikut maklumat awal yang diterima, jumlah kematian kemalangan ini mencecah 20 orang dan jumlah kecederaan kira-kira 29 orang," kata El-Ekhbariya, saluran televisyen kerajaan.

20 29 #_ # #_ pic.twitter.com/PM4IGVK0fe

— (@AlArabiya_KSA) March 27, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berdasarkan laporan pihak berkuasa, kemalangan berpunca akibat brek bas berkenaan yang bermasalah sehingga menyebabkan berlanggar jambatan, terbalik sebelum terbakar.
Pihak berkuasa juga memaklumkan, kesemua mangsa kemalangan itu mempunyai kewarganegaraan berbeza namun tidak memperincikan dan identiti mereka.
Laporan itu memaklumkan kemalangan berpunca bas mengalami masalah tanpa menyatakan secara
Kemalangan merupakan cabaran berterusan untuk membawa jemaah secara besar-besar dengan selamat ke Mekah dan Madinah iaitu dua bandar paling suci umat Islam yang terletak di Arab Saudi.
Insiden berkenaan berlaku pada minggu pertama Ramadan ketika jutaan umat Islam sedang memberikan tumpuan pada ibadah umrah iaitu hanya beberapa bulan sahaja lagi sebelum jutaan jemaah menunaikan haji iaitu rukun Islam kelima.
#20 jemaah umrah terbunuh #puluhan jemaah cedera #bas langgar jambatan #Mekah