DUNIA
20 maut kebakaran bangunan 7 tingkat di Jakarta
Menurut Purnomo, kebakaran bermula di tingkat satu sekitar tengah hari dan merebak ke tingkat-tingkat atas. - Foto AP
JAKARTA: Sekurang-kurangnya 20 individu dilaporkan terkorban dalam kebakaran di sebuah bangunan tujuh tingkat di Jakarta, Indonesia pada Selasa.
Ringkasan AI
Ketua Polis Jakarta Pusat, Susatyo Purnomo Condro berkata, kebakaran telah berjaya dipadamkan dan usaha mencari mangsa yang masih berada di dalam bangunan sedang diteruskan.
Menurut Purnomo, kebakaran bermula di tingkat satu sekitar tengah hari sebelum merebak ke tingkat-tingkat atas.
"Kami kini masih memberi tumpuan kepada usaha menyelamatkan mangsa dan kerja-kerja penyejukan kawasan kebakaran," katanya memetik laporan Reuters.
Difahamkan, ketika kejadian, pekerja sedang berehat makan tengah hari di dalam bangunan, manakala sebahagian lagi keluar dari pejabat.
Rakaman yang disiarkan Kompas TV menunjukkan puluhan anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa dari bangunan, termasuk membawa keluar beg mayat.
Beberapa pekerja turut dilihat melarikan diri dari tingkat atas menggunakan tangga mudah alih.
Bangunan tersebut merupakan pejabat Terra Drone Indonesia, sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan dron untuk aktiviti tinjauan udara.
Bagaimanapun, setakat ini syarikat tersebut belum memberikan sebarang kenyataan balas.
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 20 individu dilaporkan terkorban dalam kebakaran di bangunan tujuh tingkat di Jakarta, Indonesia.
- Ketua Polis Jakarta Pusat, Susatyo Purnomo Condro, menyatakan kebakaran telah berjaya dipadamkan, namun usaha mencari mangsa yang masih di dalam bangunan sedang diteruskan.
- Kebakaran bermula di tingkat satu sekitar tengah hari dan merebak ke tingkat-tingkat atas; beberapa pekerja berjaya keluar sementara anggota bomba berusaha menyelamatkan mangsa.
Ketua Polis Jakarta Pusat, Susatyo Purnomo Condro berkata, kebakaran telah berjaya dipadamkan dan usaha mencari mangsa yang masih berada di dalam bangunan sedang diteruskan.
Menurut Purnomo, kebakaran bermula di tingkat satu sekitar tengah hari sebelum merebak ke tingkat-tingkat atas.
"Kami kini masih memberi tumpuan kepada usaha menyelamatkan mangsa dan kerja-kerja penyejukan kawasan kebakaran," katanya memetik laporan Reuters.
Difahamkan, ketika kejadian, pekerja sedang berehat makan tengah hari di dalam bangunan, manakala sebahagian lagi keluar dari pejabat.
Rakaman yang disiarkan Kompas TV menunjukkan puluhan anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa dari bangunan, termasuk membawa keluar beg mayat.
Beberapa pekerja turut dilihat melarikan diri dari tingkat atas menggunakan tangga mudah alih.
Bangunan tersebut merupakan pejabat Terra Drone Indonesia, sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan dron untuk aktiviti tinjauan udara.
Bagaimanapun, setakat ini syarikat tersebut belum memberikan sebarang kenyataan balas.
#Kebakaran bangunan Jakarta
#berita luar negara
#Mangsa kebakaran bangunan Jakarta
#bangunan tujuh tingkat
#terkini