awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jenazah ibu selamat dikebumikan, ayat Anuar Zain undang sebak
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2021 tahun penyembuhan - PBB

Astro Awani
Astro Awani
29/12/2020
04:41 MYT
2021 tahun penyembuhan - PBB
Antonio Guterres berkata, COVID-19 telah menterbalikkan hidup dan menjatuhkan dunia ke dalam penderitaan dan kesedihan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berharap tahun 2021 akan menjadi 'tahun penyembuhan' buat dunia.
Dalam mesej akhir tahunnya, agensi dunia itu menyifatkan tahun 2020 sebagai 'penderitaan, tragedi dan air mata' sepanjang 12 bulan.
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres berkata, COVID-19 telah menterbalikkan hidup dan menjatuhkan dunia ke dalam penderitaan dan kesedihan.
"Begitu banyak orang yang dikasihi meninggal dunia dan pandemik itu terus berleluasa, menciptakan gelombang penyakit yang baru dan kematian.
"Kemiskinan, ketidaksamaan dan kelaparan meningkat, pekerjaan semakin hilang dan hutang semakin meningkat, anak-anak bergelut, kekerasan di rumah semakin meningkat dan rasa tidak selamat ada di mana-mana," katanya dalam satu video sempena amanat akhir tahun agensi dunia itu, pada Selasa.
Dalam ucapannya, Guterres turut menyentuh mengenai kesan ekonomi akibat pandemik termasuk peningkatan kemiskinan, kelaparan dan ketidaksamaan.
Bagaimanapun, jelas beliau, terdapat 'sinar harapan' untuk tahun baru di tengah usaha global memerangi perubahan iklim dan wabak koronavirus.
Beliau menegaskan, terdapat keperluan untuk bersatu melalui perpaduan dan kerjasama utuh yang menjangkaui seluruh dunia.
"Bersama-sama mari kita berdamai dengan alam sekitar, mengatasi krisis iklim, menghentikan penularan COVID-19 dan menjadikan 2021 sebagai tahun penyembuhan.
"Penyembuhan daripada kesan virus yang membawa maut. Menyembuhkan ekonomi dan masyarakat yang terjejas, serta mula menyembuhkan planet ini.
"Itu mesti menjadi Resolusi Tahun Baru kita untuk 2021. Saya ucapkan Selamat Tahun Baru kepada anda semua, dari PBB," ujarnya.
Topic Berkaitan
#PBB
#pandemik
#ekonomi
#COVID-19
#Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
#pekerjaan
#kelaparan
#ketidaksamaan
#kemiskinan
#Antonio Guterres
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan