awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ukraine nafi serangan dron ke atas kediaman Putin, tuduh Rusia cuba gagalkan rundingan damai
Ops Luxury: JPJ Melaka sita enam kenderaan mewah
CAAM sahkan kes babitkan pesawat di lapangan terbang di Kedah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

21 cedera termasuk 10 kanak-kanak letupan bom di sekolah

Astro Awani
Astro Awani
04/05/2021
02:52 MYT
21 cedera termasuk 10 kanak-kanak letupan bom di sekolah
Serangan ini berlaku dua hari selepas Amerika Syarikat memulakan pengunduran tenteranya secara rasmi dari negara itu. - Gambar hiasan
KABUL: Sekurang-kurangnya 21 cedera termasuk 10 kanak-kanak selepas sebuah bom diletupkan berdekatan sebuah sekolah di barat Afghanistan pada Isnin.
Menurut pegawai kerajaan, antara kanak-kanak yang cedera dalam insiden berkenaan berusia tujuh tahun.
Setakat ini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas kejadian tersebut, lapor agensi berita Associated Press.
Serangan ini berlaku dua hari selepas Amerika Syarikat memulakan pengunduran tenteranya secara rasmi dari negara itu.
Kementerian Pertahanan Afghanistan berkata, sejak langkah itu diambil, hampir 300 serangan oleh kumpulan Taliban dilaporkan di lebih 20 daerah di negara itu.
Proses pengunduran tentera Amerika Syarikat dilakukan selepas kehadiran AS dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) selama hampir 20 tahun.
Ia akan dijalankan sehingga 11 Septmeber ketika keganasan di Afghanistan masih memuncak.
Topic Berkaitan
#bom
#serangan
#sekolah
#cedera
#Kanak-kanak
#Afghanistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan