[TERKINI] Kes Zara Qairina: JSJ Bukit Aman Ambil Alih Siasatan – Ikuti Perkembangan Di Sini
INTERNATIONAL

21 maut, 35 cedera bas terjunam ke dalam gaung di Sri Lanka - Laporan

Bernama 11/05/2025 | 21:45 MYT
Menurut polis, bas itu membawa 75 penumpang dari tempat suci Kataragama di selatan menuju ke bandar Kurunegala di barat laut apabila ia terjunam 100 meter dari tebing. - Foto AP
ANKARA: Sekurang-kurangnya 21 orang maut dan lebih 35 lagi cedera apabila sebuah bas penumpang terjunam ke dalam gaung di Wilayah Tengah Sri Lanka pada Ahad, menurut laporan media tempatan.

Memetik akhbar Daily Mirror, Anadolu Ajansi melaporkan, lebih 35 penumpang yang cedera dalam nahas dirawat di beberapa hospital di kawasan itu, menurut polis tempatan.

Menurut polis, bas itu membawa 75 penumpang dari tempat suci Kataragama di selatan menuju ke bandar Kurunegala di barat laut apabila ia terjunam 100 meter dari tebing, menurut Free Press Journal.

Siasatan mengenai punca nahas sedang dijalankan, menurut polis.

Nahas jalan raya kerap berlaku di negara kepulauan Asia Selatan itu, dengan data rasmi menunjukkan bas sering terbabit dengan nahas.

Menurut data polis, hampir 600 rakyat Sri Lanka maut dalam 565 nahas jalan raya maut setakat tahun ini.

Menurut data kerajaan yang dipetik oleh Newswire, seorang maut akibat nahas jalan raya setiap tiga jam di Sri Lanka.

-- BERNAMA


#bas terjunam dalam gaung #Sri Lanka #nahas jalan raya #Kataragama