awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib nafi halang siasatan dalam kes 1MDB dan SRC
Jakarta terus dilanda cuaca ekstrem, banjir sehingga hujung Januari
Sewa tapak bazar Ramadan 2026 DBKL kini RM400 - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

21 petugas PBB dibunuh dengan sengaja pada 2025

Bernama
Bernama
23/01/2026
09:07 MYT
21 petugas PBB dibunuh dengan sengaja pada 2025
Secara keseluruhan, seramai 119 kakitangan UNRWA terkorban semasa perang Gaza tahun lepas. - Gambar/ Reuters
NEW YORK: Sekurang-kurangnya 21 kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dibunuh dengan sengaja semasa menjalankan tugas tahun lepas - jumlah yang lebih besar berbanding gabungan dua tahun sebelumnya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Jawatankuasa Kesatuan Sekerja PBB pada Khamis.
Menurut jawatankuasa itu, daripada jumlah berkenaan, seramai 12 orang merupakan anggota pengaman PBB yang ditugaskan untuk membantu mengekalkan keamanan di pelbagai pelosok dunia, manakala selebihnya adalah kakitangan awam.
Data menunjukkan bahawa 21 kes pembunuhan sengaja itu melepasi kira-kira lima kes yang direkodkan pada 2024 dan sekurang-kurangnya 11 kes pada 2023.
Mangsa yang terkorban pada 2025 terdiri daripada warga Bangladesh, Sudan dan Sudan Selatan, Afrika Selatan, Uruguay, Tunisia, Bulgaria, Ukraine, Kenya, Zambia serta wilayah Palestin.
Angka kematian tertinggi direkodkan di kawasan Abyei sepanjang sempadan Sudan - Sudan Selatan yang melibatkan enam kakitangan, manakala masing-masing tiga kematian berlaku di Republik Demokratik Congo dan Republik Afrika Tengah.
Selain itu, angka menunjukkan bahawa seramai 119 kakitangan Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) terkorban semasa perang Gaza tahun lepas, walaupun mereka bukan disasarkan secara sengaja.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#PBB
#Genosid Gaza
#kakitangan PBB dibunuh
#UNRWA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan