Skip to main content

Dunia

21 termasuk kanak-kanak terbunuh dalam nahas bas sekolah di Uganda

kemalangan
Sekurang-kurangnya 21 orang, termasuk 20 kanak-kanak maut dan beberapa lagi cedera selepas sebuah bas sekolah terbabit dalam kemalangan di timur Uganda petang Khamis, kata polis pada Jumaat. - Gambar fail/hiasan
Advertisement

KAMPALA: Sekurang-kurangnya 21 orang, termasuk 20 kanak-kanak maut dan beberapa lagi cedera selepas sebuah bas sekolah terbabit dalam kemalangan di timur Uganda petang Khamis, kata polis pada Jumaat, lapor Xinhua.

Michael Kananura, jurucakap Direktorat Keselamatan Lalu Lintas dan Jalan Raya, dalam satu kenyataan berkata bas yang membawa murid dari Sekolah Rendah King David di ibu negara Uganda, Kampala, terbalik dan terbabas di Desa Chekwatit di Daerah Kapchorwa.

Siasatan awal menunjukkan kumpulan murid berkenaan melakukan lawatan pendidikan ke Air Terjun Sipi di Kapchorwa.

"Ketika pulang dari lawatan, pemandu dilaporkan hilang kawalan ke atas kenderaan, yang terbabas dari jalan, melanggar batu besar di tepi jalan dan terbalik," kata Kananura.

“Siasatan polis berhubung punca sebenar kemalangan sedang dijalankan,” tambahnya.

-- BERNAMA-XINHUA 

 

 

Must Watch Video

Advertisement