INTERNATIONAL

22 ditahan cuba masuk Makkah tanpa permit haji

Bernama 09/05/2025 | 11:30 MYT
Kesemua mereka ditahan ketika cuba memasuki Makkah tanpa permit haji. - Gambar hiasan
MAKKAH: Pasukan Keselamatan Haji menahan seorang penduduk warga Mesir kerana membawa 22 individu dengan bas ke sini, yang melanggar peraturan dan arahan ibadah haji.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), kesemua mereka ditahan ketika cuba memasuki Makkah tanpa permit haji.

Pihak berkuasa telah menahan pemandu serta semua penumpang, dan mereka dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan untuk tindakan undang-undang sewajarnya.

-- BERNAMA



#haji 2025 #Jejak Al-Haramain #permit haji #Makkah