DUNIA

22 maut, lebih 30 cedera insiden kren tumbang hempap kereta api di Thailand

Astro Awani 14/01/2026 | 05:20 MYT
Keadaan gerabak kereta api yang ditimpa kren tumbang ketika dalam perjalanan dari Bangkok ke Ubon Ratchathani. -Foto Facebook
BANGKOK: Sekurang-kurangnya 22 penumpang maut dan lebih 30 lagi cedera dalam satu nahas melibatkan sebuah kren yang tumbang ke atas gerabak kereta api berpenumpang di Daerah Sikhio, kira-kira 230 kilometer di utara timur Bangkok, pagi ini.


Ringkasan AI
  • Nahas melibatkan kren yang tumbang ke atas gerabak kereta api di Daerah Sikhio, Thailand, mengakibatkan sekurang-kurangnya 22 kematian dan lebih 30 cedera.
  • Kren tersebut tumbang dan mengenai gerabak kereta api yang bergerak dari Bangkok ke Ubon Ratchathani, menyebabkan kebakaran kecil yang berjaya dipadamkan.
  • Pasukan penyelamat dan bomba sedang menjalankan operasi pencarian dan menyelamat mangsa serta membawa mereka ke hospital berdekatan untuk rawatan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Dalam kejadian itu, sebuah kren yang sedang digunakan bagi pembinaan laluan kereta api berkelajuan tinggi dilaporkan tumbang dan mengenai satu daripada gerabak kereta api yang dalam perjalanan dari Bangkok ke Ubon Ratchathani.

Ketua Polis Wilayah Nakhon Ratchasima, Thatchapon Chinnawong mengesahkan 22 individu telah terkorban dan lebih 30 cedera dalam insiden ini.

Tambahnya, kebakaran kecil berlaku di beberapa gerabak, namun ia berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba.

Pasukan penyelamat dan bomba kini giat mengendalikan operasi mencari dan menyelamat (SAR), dan membawa mangsa ke hospital berhampiran untuk rawatan.

Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa Thai, dengan tumpuan diberikan kepada kekuatan strutt kren serta pematuhan kepada prosedur keselamatan semasa kerja pembinaan.









Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapa bilangan penumpang yang dilaporkan maut dalam nahas kren di Daerah Sikhio?
    A: Sekurang-kurangnya 22 penumpang dilaporkan maut dalam nahas kren di Daerah Sikhio.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pasukan bomba berkaitan dengan kejadian nahas tersebut?
    A: Pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran kecil yang berlaku di beberapa gerabak kereta api.
  • Q: Siapakah yang sedang mengendalikan operasi pencarian dan penyelamatan (SAR) bagi mangsa nahas kren tersebut?
    A: Pasukan penyelamat dan bomba sedang mengendalikan operasi pencarian dan penyelamatan (SAR) bagi mangsa nahas kren tersebut.
  • Q: Apa fokus utama siasatan pihak berkuasa Thai berkenaan punca kemalangan berlaku?
    A: Pihak berkuasa Thai memberi tumpuan kepada kekuatan strutt kren serta pematuhan kepada prosedur keselamatan semasa kerja pembinaan dalam siasatan punca kemalangan berlaku.
  • Q: Berapa bilangan cedera yang dilaporkan dalam nahas kren di Daerah Sikhio?
    A: Lebih 30 individu dilaporkan cedera dalam nahas kren di Daerah Sikhio.



#kren tumbang #operasi mencari dan menyelamat #gerabak kereta api berpenumpang #Bangkok ke Ubon Ratchathani