KABUL: Lebih 20 dilaporkan maut dalam kejadian gempa bumi yang melanda wilayah Badghis, Afghanistan pada Isnin
Gempa berukuran 5.6 pada skala Richter itu yang mengegarkan kawasan sempadan Turkmenistan turut menyebabkan kemusnahan pada ratusan kediaman, menurut pihak berkuasa tempatan.
"Laporan awal menunjukkan 22 individu, termasuk wanita dan kanak-kanak telah maut dalam kejadian itu manakala empat lagi cedera," kata Pengarah Informasi dan Kebudayaan wilayah Badghis, Mohammad Sarwari.
Tambahnya kawasan tersebut turut dilanda hujan lebat.
Ketua Pusat Operasi Kecemasan, Mullah Janan Saeqe mengesahkan angka korban tersebut dan berkata lebih 700 rumah telah musnah dalam kejadian itu.
Jelasnya kebanyakan mangsa cedera yang dirawat di hospital mengalami patah tulang.
Menurut Pusat Seisologi Mediterranean, gempa bumi tersebut berlaku pada kedalaman 30 kilometer.
Astro Awani
Tue Jan 18 2022

Menurut Pusat Seisologi Mediterranean, gempa bumi tersebut berlaku pada kedalaman 30 kilometer.

Lagu bernada tinggi, peminat juga perlu memahami - Ziana Zain
Ziana Zain percaya setiap penyanyi akan memberikan persembahan terbaik setiap kali di pentas, dengan kemampuan yang dimiliki.

AWANI Pagi: Sambutan Hari Bomba Sedunia 2022
Rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba. Hakikatnya kini tugas pasukan bomba bukan sekadar memadam kebakaran. Ikuti perbincangan bersama KP JBPM dalam Awani Pagi

Mansuh AP tidak selesai isu kos makanan - Sim Tze Tzin
Pemansuhan AP import makanan tidak akan mencapai matlamat mengurangkan kos harga makanan sebab hanya melibatkan lima jenis makanan.

Program Jom Tengok Bola semai semangat perpaduan rakyat - Halimah
Program anjuran bersama Astro AWANI itu amat bertepatan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia.

Vaksin COVID-19 | WHO luluskan penggunaan kecemasan Cansino
Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi kelulusan kecemasan bagi penggunaan vaksin yang dikeluarkan Cansino Biologics di China. Ini merupakan vaksin kesebelas seumpamnya yang menerima kelulusan.

COVID-19 Global | Jumlah kes baharu melebihi setengah bilion
Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di peringkat global kini melebihi setengah bilion. Dalam tempoh 24 jam lepas terdapat pertambahan ratusan ribu kes menjadikan jumlah kes baharu yang direkodkan melebihi angka 523 juta.

COVID-19 Global | Pertambahan lebih 2,000 korban baharu dalam sehari
Berdasarkan data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 2,000 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.27 juta kes.

Keanggotaan NATO | Biden alu-alukan permohonan Sweden & Finland
Presiden Joe Biden mengalu-alukan permohonan Sweden dan Finland untuk menganggotai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Jelas beliau, keanggotaan dua negara ini akan menguatkan lagi NATO, yang merupakan asas kepada keselamatan Amerika.

Keanggotaan NATO | Turki tetap bantah Sweden & Finland
Turki secara terbuka membantah bidaan Sweden dan Finland untuk menganggotai NATO. Presidennya, Recep Tayyip Erdogan bertegas akan kekal dengan pendirian itu.

Misi ke Marikh | NASA cari kewujudan makhluk asing di Marikh
Kenderaan robotik dilancarkan Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Perseverance mencapai detik penting dalam misi pencarian bukti kehidupan lampau di planet Marikh. Ia yang mendarat di planet merah pada Februari tahun lalu, bakal memulakan perjalanan mencari tapak sampel yang mungkin mengandungi kehidupan mikrob dan organik purba.

Gempa bumi kuat landa timur Taiwan
Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Lautan Pasifik pada 2.23 petang Isnin menggegarkan sebahagian besar Taiwan, menurut Agensi Berita Pusat (CNA).

Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud
Penilaian awal jabatan mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Gempa bumi kuat landa Kepulauan Filipina
Gempa itu berlaku pada kedudukan 181 kilometer di barat daya Bandar Tagum, Filipina dengan kedalaman 10 kilometer.

Gegaran dirasai di Ranau, gempa bumi lemah berlaku di Kundasang
Satu kejadian gempa bumi lemah berlaku di Kundasang, Ranau pada pagi Selasa, bagaimanapun keadaan dilaporkan terkawal.

Gempa bermagnitud 5.9 gegar selatan Filipina
Gegaran yang berlaku pada 9.23 pagi waktu tempatan itu pada kedalaman 49 kilometer (km), kira-kira 54 km tenggara bandar Manay.

Gempa bumi bermagnitud 5.3 landa perairan Taiwan - CENC
Gempa bumi berukuran 5.3 pada skala Richter menggegarkan perairan sekitar Daerah Pingtung, Taiwan pada pagi Jumaat, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Nicobar, India
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Nicobar, India sekitar jam 1.29 petang tadi.

Gempa bumi berukuran 5.1 skala Richter gegar Sichuan
Menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC), gegaran berlaku pada jam 7.50 pagi waktu tempatan.

Gempa bumi kuat gegar timur Indonesia
Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah Maluku Utara, timur Indonesia pada Selasa namun, tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan.