22 orang melecur dalam 'perang' bunga api

APTN
Disember 25, 2017 22:57 MYT
Perayaan itu melibatkan perang bunga api antara dua bandar berjiran dan diadakan setiap malam sebelum Krismas (foto: APTN Video)
22 orang melecur akibat terkena letupan bunga api di sambutan perayaan Parrandas di Remedios, Cuba.
Insiden itu turut mengakibatkan 2 cedera parah.
Enam kanak-kanak berumur 11 ke 15 tahun adalah antara yang cedera, dari serius ke kritikal, dalam insiden tersebut.
Semua mangsa adalah warga Cuba.
Perayaan Parrandas melibatkan ‘perang’ bunga api antara dua bandar berjiran dan diadakan setiap malam sebelum Krismas.
Saban tahun perayaan Parrandas menarik pelancong dari dalam dan luar negara.
Pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian.
#API #bunga api #cedera #Cuba #Kanak-kanak #Krismas #letupan #mangsa #pelancong