Skip to main content

Dunia

23 maut kebakaran kilang, CEO syarikat bateri Korea Selatan ditahan

51724924084_peoplekilled.jpg
SEOUL: Ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat pengeluar bateri Aricell Korea Selatan, ditangkap atas dakwaan pelanggaran keselamatan berikutan kebakaran besar di satu daripada kilang syarikat itu yang meragut 23 nyawa.

Kebakaran berlaku pada Jun di kilang bateri litium Aricell di bandar Hwaseong, kira-kira 45 kilometer di selatan Seoul. Kebanyakan daripada 23 mangsa adalah warga China.

Mahkamah mewajarkan keputusannya untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap CEO Aricell, Park Soon Kwan, berdasarkan tuduhan serius, termasuk menyebabkan kebakaran akibat kecacatan kualiti dan penggunaan pekerja kontrak yang tidak terlatih dengan secukupnya, lapor Agensi Berita Yonhap pada Khamis.

Syarikat itu juga dituduh melanggar peraturan keselamatan, termasuk kekurangan laluan keluar kecemasan.

Menurut Yonhap, insiden itu merupakan antara kemalangan terburuk di kilang kimia di Korea Selatan.

Pada 1989, 16 orang terbunuh akibat letupan di sebuah kilang kimia di bandar selatan Yeosu.

Lapan orang maut di Cheongju pada 2012 apabila pelarut kimia meletup di kilang milik LG Chem.

-- BERNAMA



Advertisement

Must Watch Video