awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

23 murid taska muntah, pengsan makan 'bubur beracun' disediakan guru

Agensi
Agensi
02/04/2019
09:28 MYT
23 murid taska muntah, pengsan makan 'bubur beracun' disediakan guru
Seorang murid berada pada tahap kritikal manakala tujuh lagi ditahan untuk pemerhatian. -Gambar fail
Sekurang-kurangnya 23 murid sebuah taska muntah-muntah dan pengsan selepas dipercayai menjamah bubur yang disediakan guru mereka.
Dalam kejadian di daerah Jiaozuo, China, guru taska berkenaan yang hanya dikenali sebagai Wang didakwa atas tuduhan meracuni bubur sarapan pagi kanak-kanak taska itu.
Agensi berita Xinhua melaporkan seorang murid masih kritikal manakala tujuh lagi ditahan untuk pemerhatian.
Penyebab utama yang dikatakan menyumbang kepada kes keracunan itu ialah kandungan natrium nitrit yang terdapat di dalam makanan tersebut.
Kandungan natrium nitrit sering digunakan dalam proses pengawetan makanan, namun ia boleh menjadi toksik sekiranya diambil dalam kuantiti yang tinggi.
Insiden malang di Jiaozuo itu berlaku hanya beberapa hari sebelum pengumuman peraturan baharu iaitu keperluan pegawai sekolah daripada peringkat tadika hingga sekolah menengah untuk makan bersama para pelajar.
Penguatkuasaan peraturan baharu ini bertujuan untuk mencegah isu berkaitan keselamatan makanan.
Terdahulu, kejadian keracunan makanan serupa pernah berlaku di wilayah barat daya Sichuan selepas 36 pelajar sekolah rendah dimasukkan ke hospital selepas makan ‘makanan berkulat.’
Topic Berkaitan
#23 pelajar
#China
#guru
#Hospital
#Jiaozuo
#keselamatan
#natrium nitrit
#pelajar
#Sichuan
#tadika
#toksik
#Xinhua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan