DUNIA

24 maut, 23 cedera dalam insiden bangunan runtuh di Kemboja

Astro Awani 05/01/2020 | 01:41 MYT
Pasukan penyelamat mengeluarkan mayat mangsa runtuhan bangunan di daerah Kep, Kemboja pada Sabtu. -AP
SEKURANG-KURANGNYA 24 maut manakala 23 yang lain cedera dalam insiden runtuhan bangunan di daerah Kep, Kemboja pada Sabtu.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus pada Sabtu menemukan 18 mangsa yang masih hidup walaupun tertimbus selama 20 jam.

Memetik laporan media tempatan, pihak polis menahan pemilik bangunan itu bagi membantu siasatan.

Setakat ini, orang ramai termasuk ahli keluarga masih berkumpul di kawasan kejadian mengharapkan lebih ramai mangsa dapat diselamatkan.

Timbalan Ketua Polis Wilayah Kep, Nguon Samet memaklumkan terdapat kemungkinan lebih ramai mangsa yang tertimbus.

Pada Jumaat, bangunan tujuh tingkat dalam pembinaan tersebut runtuh apabila konkrit diletakkan pada bahagian atas.

Pihak berkuasa daerah Kep mengumumkan sebuah jawatankuasa dibentuk secara rasmi bagi menyiasat punca insiden.

#Kemboja #Kep #Nguon Samet #operasi mencari dan menyelamat #runtuhan bangunan #tertimbus