Skip to main content

Dunia

24 maut, 82 cedera dalam letupan sasar kereta api di Barat Daya Pakistan - Laporan

People gather as they search for survivors after a blast near a railway track in Quetta, Pakistan, May 24, 2026. Picture taken with a mobile phone. REUTERS/Stringer
Letupan itu berlaku di landasan kereta api di Quetta yang menyasarkan kereta api yang menuju ke kawasan kantomen bandar berkenaan. - Foto Reuters

KARACHI: Sekurang-kurangnya 24 maut manakala 82 orang yang lain  cedera selepas satu letupan kuat menyebabkan sebuah kereta api kargo tergelincir di barat daya Pakistan pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi yang memetik pegawai dan media tempatan.

Menurut 24 News, letupan itu berlaku di landasan kereta api di Quetta, ibu negeri wilayah Balochistan di barat daya negara itu, menyasarkan kereta api yang menuju ke kawasan kantomen bandar berkenaan.

Bunyi tembakan turut kedengaran selepas letupan itu.

Jurucakap Hospital Awam Quetta berkata mangsa yang cedera dibawa ke kemudahan kesihatan dan keadaan darurat telah diisytiharkan.

Pembantu khas Jabatan Dalam Negeri wilayah itu, Babar Yousafzai memberitahu pemberita bahawa pasukan keselamatan dan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian ketika polis berusaha mengenal pasti jenis letupan berkenaan.

Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan.

Balochistan, wilayah kaya dengan sumber mineral dan laluan penting bagi Koridor Ekonomi China-Pakistan bernilai berbilion dolar, sekian lama berdepan kegiatan militan dengan kumpulan pemisah menuntut “pembebasan” wilayah itu. - Agensi

Must Watch Video

Advertisement