24 maut akibat Taufan Amphan di India, Bangladesh

Agensi
Mei 21, 2020 14:55 MYT
Seorang penduduk yang etrjejas dengan taufan cuba menyelamatkan harta bendanya selepas bencana alam itu membadai Bengal Barat. - Reuters.
SEKURANG-KURANGNYA 24 orang dilaporkan maut selepas taufan kuat membadai India dan Bangladesh, sekali gus menyaksikan kerosakan teruk di kedua-kedua negara berkenaan.
Taufan Amphan juga memaksa penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
Menurut pihak berkuasa, kerja-kerja bantuan dan operasi menyelamat berdepan kesukaran susulan COVID-19.
Di Bangladesh, sekurang-kurangnya 10 orang terkorban, sementara 12 kematian dilaporkan di Bengal Barat, India.
Pihak berkuasa memaklumkan, dua lagi mangsa maut di Odisha, India.
Sebilangan besar kematian disebabkan mangsa yang tertimbus runtuhan tembok, dihempap pokok dan lemas.
Taufan Amphan, yang setara dengan taufan Kategori 3, membawa bersama angin kencang hingga 170 kilometer sejam.
#Bangladesh #bencana alam #India #Taufan Amphan