25 maut, 21 cedera dalam nahas jalan raya

Bernama
Februari 26, 2024 07:49 MYT
Siasatan awal menunjukkan bahawa kejadian itu berlaku akibat kegagalan sistem brek sebuah trak, menyebabkan ia melanggar tiga kenderaan lain. -X cyacyan_lb
MOSCOW: Sekurang-kurangnya 25 orang, termasuk warga asing terbunuh dan 21 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di wilayah Arusha, utara Tanzania, menurut media tempatan pada Ahad, lapor Sputnik.
Siasatan awal menunjukkan bahawa kejadian itu berlaku akibat kegagalan sistem brek sebuah trak, menyebabkan ia melanggar tiga kenderaan lain, lapor akhbar The Citizen.
Seramai 11 daripada yang maut adalah wanita, termasuk seorang kanak-kanak perempuan.
Kemalangan itu melibatkan warga asing daripada pelbagai negara, termasuk Kenya, Togo, Madagascar, Burkina Faso, Afrika Selatan, Nigeria, Amerika Syarikat, Switzerland dan United Kingdom.
-- BERNAMA
#nahas jalan raya #tanzania #kegagalan sistem brek #Arusha