DUNIA

25 maut bas terbalik di barat Kenya

Bernama 09/08/2025 | 02:30 MYT
Sekurang-kurangnya 25 orang maut pada Jumaat apabila sebuah bas berkapasiti 51 penumpang terbalik di Bulatan Coptic di daerah Kisumu, kira-kira 350 kilometer di barat laut Nairobi.
NAIROBI: Sekurang-kurangnya 25 orang maut pada Jumaat apabila sebuah bas berkapasiti 51 penumpang terbalik di barat Kenya, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik kenyataan polis.

Ketua Trafik Wilayah Nyanza, Peter Maina berkata, rombongan berkenaan dalam perjalanan pulang dari majlis pengebumian apabila bas dilaporkan hilang kawalan sebelum terbalik di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi kemalangan kerap berlaku.

Insiden berlaku di Bulatan Coptic di daerah Kisumu, kira-kira 350 kilometer di barat laut Nairobi.

-- BERNAMA



#bas terbalik #bas rombongan #25 maut #barat Kenya