Sebahagian besar kawasan di selatan Thailand masih ditenggelami air selepas hujan lebat monsun lebih seminggu ketika kerajaan menghantar lebih banyak bantuan kecemasan kepada lebih satu juta penduduk yang terjejas banjir.
Menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana, banjir yang disifatkan yang paling buruk melanda wilayah itu dalam masa hampir 50 tahun setakat ini telah meragut 25 nyawa sementara dua dilaporkan hilang.
"Kira-kira 1.1 juta penduduk daripada 369,680 keluarga di 12 wilayah di selatan Thailand terjejas banjir," katab ketua ketua jabatan itu, Chatchai Promlert, dalam maklumat harian mengenai bencana hari ini.
Dua belas wilayah di selatan Thailand yang terjejas banjir ialah Pattalung, Narathiwat, Songkhla, Pattani, Trang, Yala, Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Chumpon, Ranong, Prachuab Kiri Khan dan Krabi.
Banjir yang melanda secara meluas itu telah merosakkan lima kemudahan kerajaan, 218 jalan dan 59 jambatan
Hujan lebat di wilayah Prachuab Kiri Khan malam tadi juga menyebabkan Lebuh Raya Phetkasem,di selatan Thailand terputus hubungan apabila satu daripada jambatan yang menghubungkan lebuh raya dihanyutkan arus deras.
Untuk mengatasi masalah itu, kerajaan telah mula membina jambatan sementara untuk menggantikan jambatan yang rosak, kata ketua pegawai pentadbiran wilayah tersebut, Somporn Patchimphet.
Beliau juga berkata hospital daerah Bangsapan di wilayah tersebut juga ditenggelami air malam tadi, memaksa pihak berkuasa memindahkan pesakit ke tingkat lebih tinggi dan ke hospital-hospital berdekatan.
Banjir juga menyebabkan penutupan lapangan terbang Nakhon Si Thammarat dan perkhidmatan kereta api tidak dapat beroperasi ke pedalaman selatan.
Sementara itu, Persekutuan Industri Thailand (FTI) berkata bencana itu hanya memberi kesan minimum kepada ekonomi kerana kerugian akibat banjir dianggarkan tidak melebihi 15 bilion Baht (RM1=7.9 Baht).
Bencana tersebut tidak memberi kesan besar ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP), kata pengerusi FTI, Chen Namchaisiri kepada media tempatan.
Selatan Thailand ialah kawasan pengeluar getah terbesar di negara itu selain beberapa kepulauannya menjadi tarikan utama pelancong asing.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 10 2017
Sebahagian besar kawasan di selatan Thailand masih ditenggelami air selepas hujan lebat monsun lebih seminggu. - Gambar REUTERS/Wirittipon Withandetsit
18 kecederaan, parut pada Bella bukan rekaan saksi - Hakim
Hakim berkata, perkara itu dibuktikan oleh saksi-saksi perubatan bahawa kecederaan dialami Bella, bukan kemalangan atau perbuatan mangsa sendiri.
Letusan terakhir 22 tahun lalu
Semua penduduk dinasihatkan untuk memakai pelitup muka kerana debu dan asap dari letusan gunung berapi mampu mengganggu saluran pernafasan.
UNRWA bimbang berlaku penyebaran penyakit di Gaza
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyatakan wujud kebimbangan penyebaran penyakit akibat serangan tanpa henti rejim Zionis di Gaza.
Ops Rentap Trio tumpas geng ragut tumpu lokasi pelancongan
Lima rakan yang menjadi dalang 45 kes samun, ragut dan curi motosikal ditahan melalui beberapa serbuan.
Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam
Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam
'Game changer' akan diumum dalam masa terdekat - KDN
Saifuddin menambah masih banyak ruang yang boleh ditambah baik di pintu-pintu masuk negara khususnya untuk menerima kedatangan para pelancong.
JAKIM buka talian khas terima aduan hina Islam
Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) telah mewujudkan talian khas 24 jam sebagai platform untuk menyalurkan aduan berkaitan isu penghinaan terhadap agama Islam termasuk yang dicetuskan menerusi laman media sosial.
KPM giat atasi isu dibangkitkan laporan bank dunia
Kementerian Pendidikan telah mengambil beberapa langkah untuk mereformasi sistem pendidikan negara, lebih awal daripada laporan Bank Dunia yang menekankan. kekurangannya.
[TERKINI] Tengku Zafrul gagal failkan afidavit kes pengampunan Najib
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz gagal untuk memfailkan afidavit berhubung Titah Adendum berhubung kes pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Polis tahan lapan aktif ragut, samun sasar kawasan tumpuan pelancong
Lapan individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam 45 kes melibatkan ragut, samun dan curi motosikal di sekitar ibu negara, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka.
25 maut, lebih satu juta penduduk terjejas banjir di selatan Thailand
Sebahagian besar kawasan di selatan Thailand masih ditenggelami air selepas hujan lebat monsun lebih seminggu.