25 tan sisa toksik ditanam di tanah persendirian

APTN
Disember 30, 2017 02:14 MYT
Pihak berkuasa masih menyiasat sama ada sisa toksik tersebut telah mencemar sumber air bawah tanah di kawasan berkenaan (foto: APTN)
Pihak berkuasa Serbia menemui 25 tan sisa toksik di tanam di sebuah tanah milik persendirian di barat daya Belgrade.
Kementerian alam sekitar melaporkan sedang menjalankan ujian untuk menentukan sama ada sisa berkenaan telah mencemarkan tanah dan sumber air bawah tanah di kawasan Obrenovac.
Pihak berkuasa melaporkan antara sisa kimia yang ditemui termasuk benzena.
Penduduk dinasihatkan tidak menggunakan sumber air bawah tanah sehingga keputusan diterima.
Polis menahan pemilik hartanah berkenaan.
Menurut aktivis, penjagaan alam sekitar di Serbia telah terabai susulan penyelewengan dan masalah ekonomi.
#air #ekonomi #pencemaran #polis