awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

26 maut, 19 hilang dalam banjir dan tanah runtuh di Indonesia

Agensi
Agensi
22/09/2016
05:05 MYT
26 maut, 19 hilang dalam banjir dan tanah runtuh di Indonesia
Seorang lelaki memeriksa kereta yang terbalik akibat banjir dan tanah runtuh di Garus, Jawa Barat, Indonesia pada Rabu. - Foto AFP
Angka kematian akibat beberapa kejadian tanah runtuh dan banjir kilat di Indonesia meningkat kepada 26 orang pada Khamis.
Menurut ketua Agensi Bencana Indonesia, Willem Rampangilei , 19 mangsa masih belum ditemui.
Bantuan juga mula disalurkan kepada mangsa di Garut, di mana 23 orang dilaporkan terkorban manakala 18 lagi hilang selepas hujan lebat dan banjir kilat melanda daerah itu.
Air banjir yang semakin surut turut mendedahkan kemusnahan melibatkan beberapa buah rumah dan kenderaan penduduk di kawasan banjir itu.
Menurut laporan portal berita tempatan, beberapa orang kanak-kanak yang terkorban adalah bawah daripada 12 tahun.
Pasukan penyelamat dan anggota tentera telah digerakkan ke Garut bagi mencari mangsa yang masih hilang dan pihak berkuasa menggunakan dron bagi menilai kemusnahan dari udara.
“Bekalan air bersih dan makanan telah disediakan untuk mangsa dan ramai penduduk di sekitar juga membantu usaha kami,” kata Willem.
Beliau turut berkata laporan bencana juga telah dihantar kepada Presiden Joko Widodo.
Pihak berkuasa juga menyediakan tempat perlindungan dan dapur sementara bagi menempatkan 430 mangsa yang hilang tempat tinggal selain daripada menyediakan selimut dan baju.
Di Jawa Barat, pasukan penyelamat masih mencari seorang mangsa yang dilaporkan hilang susulan kejadian tanah runtuh di Semedang yang mengorbankan tiga nyawa.
Jurucakap Agensi Bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho mendedahkan kepada AFP, banjir kilat dan runtuhan lumpur dan batu melanda Sumedang lewat Selasa dengan tiba-tiba.
Kejadian banjir kilat dan tanah runtuh biasa berlaku di Indonesia yang kerap dilanda bencana alam.
Agensi bencana negara itu telah mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya berwaspada terhadap sebarang bencana alam pada musim hujan ini terutama dengan fenomena cuaca La Nina yang mungkin membawa hujan lebat.
Pada Jun lalu, hampir 50 orang terbunuh susulan hujan lebat yang menyebabkan kejadian tanah runtuh di Jawa Tengah.
Topic Berkaitan
#banjir
#Indonesia
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan