awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

26 maut, 800 rumah musnah gempa bumi landa Afghanistan

Astro Awani
Astro Awani
18/01/2022
23:56 MYT
26 maut, 800 rumah musnah gempa bumi landa Afghanistan
Kebanyakan penduduk di kampung itu masih mencari ahli keluarga mereka pada Selasa dan mengeluarkan barang-barang di bawah runtuhan. - Foto AP
BADGIS: Jumlah mangsa korban dalam bencana gempa bumi di Afghanistan kini cecah 26 orang.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tiga kampung dengan kira-kira 800 rumah dilaporkan musnah akibat gempa yang berukuran 5.3 skala richter di wilayah pergunungan barat laut negara itu, pada Isnin.
Sekurang-kurangnya empat cedera dan kejadian itu dan mangsa korban turut melibatkan wanita dan kanak-kanak.
Kebanyakan penduduk di kampung itu masih mencari ahli keluarga mereka pada Selasa dan mengeluarkan barang-barang di bawah runtuhan.
Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan, gempa itu berlaku pada kedalaman 19.3 kilometer (km), sekitar 40.2 km ke timur Qala-e-Naw pada jam 1.40 tengah hari (waktu tempatan).
Kawasan paling teruk terjejas di daerah Qadis, timur ibu kota wilayah Badghis.
Taliban, yang menguasai negara itu sejak pertengahan Ogos, menyeru organisasi bantuan antarabangsa untuk memberikan bantuan segera, termasuk khemah dan keperluan asas lain, bagi kegunaan mangsa.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#maut
#rumah musnah
#mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan