27 maut dalam kebakaran bangunan di Jepun

Astro Awani
Disember 17, 2021 03:55 MYT
Pasukan bomba bersama jentera dilihat bahagian hadapan bangunan yang terbakar pada Jumaat. - Foto REUTERS
TOKYO: Sekurang-kurangnya 27 maut dalam kebakaran di sebuah bangunan di kawasan membeli belah di Osaka, Jepun pada Jumaat.
Siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran yang berlaku di tingkat empat bangunan lapan tingkat itu, lapor Kyodo News.
Polis percaya kebakaran tersebut sengaja dilakukan.
Pasukan bomba dikerah ke lokasi kejadian sebaik terima panggilan kecemasan dan kebakaran berjaya dipadamkan dalam masa 30 minit.
Menurut pihak berkuasa 27 mangsa maut dalam kejadian tersebut manakala seorang lagi cedera.
#kebakaran #maut #osaka #bomba