27 maut kebakaran di lombong emas

Astro Awani
Mei 8, 2023 00:10 MYT
Kejadian berlaku disebabkan litar pintas di beberapa kawasan lombong. - Gambar hiasan
LIMA: Sejumlah 27 individu terkoban dalam insiden kebakaran di sebuah lombong emas di Peru pada Ahad.
Insiden tersebut merupakan kemalangan terburuk di negara itu dalam tempoh dua dekad.
Menurut kenyataan pihak berkuasa, insiden berlaku pada Ahad di kawasan selatan Arequipa.
Kejadian berlaku disebabkan litar pintas di beberapa kawasan lombong.
Pada Ahad, keluarga mangsa berkumpul di pintu masuk lombong untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan ahli keluarga mereka yang terlibat nahas kejadian.
Peru adalah pengeluar emas utama dunia dan pengeluar tembaga terbesar kedua.
Menurut data daripada Kementerian Tenaga dan Perlombongan Peru, kejadian ini adalah kemalangan perlombongan terdahsyat sejak tahun 2000.
#kebakaran #lombong emas #litar pintas #Arequipa