DUNIA
28 kenderaan terlibat nahas di lebuh raya Jerman akibat tayar lori pecah
Polis menganggarkan jumlah kerugian kira-kira EUR150,000 susulan kejadian kemalangan melibatkan 28 kenderaan di lebuh raya A9 di tengah Jerman pada Jumaat. - Gambar hiasan
ERFURT (Jerman): Tayar pecah secara mengejut daripada sebuah lori yang sedang bergerak di lebuh raya A9 di tengah Jerman mengakibatkan kemalangan besar melibatkan 28 kenderaan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Jurucakap polis lebuh raya menyifatkan ia sebagai sesuatu yang luar biasa apabila tiada kecederaan dilaporkan dalam kemalangan yang berlaku di Daerah Saale-Orla dalam Negeri Thuringia itu.
"Skala kemalangan ini bukan sesuatu yang lazim berlaku," katanya mengenai insiden berkenaan.
Dalam kejadian pada petang Jumaat itu, pemandu lori berkenaan sedang dalam perjalanan antara persimpangan Bad Lobenstein dan Schleiz apabila satu daripada tayar kenderaannya tiba-tiba pecah, menyebabkan serpihan tayar berterbangan di atas jalan raya.
Sebanyak 27 kenderaan lain, termasuk kereta dan lori, merempuh serpihan tayar berkenaan, menurut jurucakap itu. Punca sebenar kerosakan tayar pada lori itu masih belum dapat dipastikan.
Polis lebuh raya menganggarkan jumlah kerugian kira-kira EUR150,000 (kira-kira RM685,000).
Lebuh raya berkenaan ditutup selama beberapa jam susulan kemalangan itu sehingga lewat malam bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dilakukan.
-- BERNAMA