awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

283 mayat ditemui di kubur Hospital Nasser

Astro Awani
Astro Awani
22/04/2024
23:30 MYT
283 mayat ditemui di kubur Hospital Nasser
Pekerja kesihatan memeriksa mayat yang ditemui dalam kubur besar berdekatan dengan Hospital Nasser. - Foto REUTERS
KHAN YOUNIS: Pekerja kesihatan menemukan sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
Menurut laporan dikeluarkan Agensi Pertahanan Awam Gaza pada Isnin, petugas mereka mengeluarkan 73 lagi mayat baharu daripada kubur besar itu dan operasi masih diteruskan bagi mencari mayat yang lain.
Sebuah kubur besar dijumpai di perkarangan hospital itu pada Sabtu pasca pengunduran tentera Israel dari bandar berkenaan pada 7 April.
Ini selepas serangan darat selama empat bulan.
Ismail al-Thawabteh daripada pejabat media kerajaan Gaza memberitahu, 700 orang hilang sejak tentera Israel berundur dari bandar itu.
Mereka juga percaya bahawa terdapat beratus-ratus jasad masih hilang selepas dibunuh tentera Israel dan ditanam dalam satu kubur besar.
Sekurang-kurangnya 34,151 warga Palestin maut dan 77,000 lagi cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, selain kemusnahan berskala besar dan kekurangan barangan keperluan asas.
Israel juga didakwa melakukan genosid oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Satu perintah sementara pada Januari mengarahkan Tel Aviv untuk menghentikan tindakan genosid dan mengambil langkah untuk menjamin bantuan kemanusiaan disampaikan kepada orang awam di Gaza.
Topic Berkaitan
#mayat
#Hospital Nasser
#Israel
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan