DUNIA
29 termasuk kanak-kanak terbunuh dalam serangan Israel sejak subuh

Sekurang-kurangnya 29 rakyat Palestin terbunuh hari ini dalam serangan udara dan artileri Israel di seluruh Gaza, termasuk mangsa yang sedang mendapatkan bantuan kemanusiaan. -Gambar fail/Reuters
GAZA: Sekurang-kurangnya 29 rakyat Palestin terbunuh sejak subuh hari ini dalam siri serangan udara dan tembakan artileri oleh tentera Israel di seluruh Semenanjung Gaza, menurut sumber hospital yang dipetik oleh Al Jazeera.
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 29 rakyat Palestin terbunuh hari ini dalam serangan udara dan artileri Israel di seluruh Gaza, termasuk mangsa yang sedang mendapatkan bantuan kemanusiaan.
- Hospital di Gaza berdepan risiko penutupan akibat kekurangan bahan api dan bekalan perubatan, dengan jumlah kematian melebihi 65,000 sejak Oktober 2023.
- PBB dan agensi bantuan menggesa gencatan senjata serta akses kemanusiaan, menyifatkan kebuluran di Gaza sebagai buatan manusia akibat sekatan Israel.
Serangan terbaharu ini berlaku ketika pasukan darat Israel memperluas operasi ketenteraan ke selatan Gaza City, manakala serangan udara menyasarkan kawasan kediaman dan kemudahan awam.
Kementerian Kesihatan Gaza memberi amaran bahawa hospital-hospital di wilayah terkepung itu kini berdepan risiko penutupan beberapa jabatan penting dalam masa beberapa hari akibat kekurangan bahan api dan bekalan perubatan.
Setakat Khamis, 65,502 rakyat Palestin termasuk sekurang-kurangnya 19,424 kanak-kanak telah terbunuh sejak konflik bermula pada Oktober 2023.
Lebih 167,376 lagi dilaporkan cedera, manakala ribuan mangsa dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang musnah.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan agensi bantuan seperti UNRWA terus menggesa gencatan senjata serta akses kemanusiaan tanpa halangan, sambil menyifatkan kebuluran yang berlaku di Gaza sebagai buatan manusia akibat sekatan berpanjangan oleh Israel.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami