awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembangunan kawasan PRTU: PPSB komited terhadap ketelusan, keselamatan awam
25 mayat ditemukan dalam operasi SAR tanah runtuh di Bandung Barat
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 anggota Suruhanjaya PBB letak jawatan, AS kenakan sekatan ke atas Pelapor Khas

Bernama
Bernama
16/07/2025
02:20 MYT
3 anggota Suruhanjaya PBB letak jawatan, AS kenakan sekatan ke atas Pelapor Khas
Tiga anggota Suruhanjaya Siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Wilayah Palestin yang Diduduki secara tiba-tiba meletak jawatan atas alasan peribadi.
ANKARA: Tiga anggota Suruhanjaya Siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Wilayah Palestin yang Diduduki secara tiba-tiba meletak jawatan atas alasan peribadi, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Navi Pillay, Chris Sidoti dan Miloon Kothari menyerahkan surat peletakan jawatan mereka pada Isnin.
Menurut Majlis Hak Asasi Manusia PBB, ketiga-tiga pesuruhjaya itu percaya suruhanjaya berkenaan perlu diperbaharui dan keputusan mereka turut dipengaruhi faktor peribadi termasuk usia.
Suruhanjaya itu ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan pelanggaran undang-undang antarabangsa di wilayah yang diduduki, termasuk Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.
Peletakan jawatan itu berlaku ketika ketegangan antara PBB dan Amerika Syarikat (AS) memuncak berikutan tindakan Washington mengenakan sekatan terhadap Francesca Albanese, Pelapor Khas PBB mengenai hak asasi manusia di wilayah Palestin.
AS menuduh Albanese menyuarakan retorik "antisemitik" dan "anti-Israel" serta menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bertindak terhadap AS dan Israel.
Washington sebelum ini turut mendesak agar beliau dipecat, dan dalam kenyataan pada 1 Julai, AS memberi amaran bahawa kegagalan bertindak akan menjejaskan kredibiliti PBB dan mendorong tindakan balas daripada pihaknya.
Jawatankuasa Prosedur Khas PBB mengecam tindakan itu dan menyifatkan sekatan yang dikenakan oleh AS sebagai tidak boleh diterima.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya PBB
#pesuruhjaya letak jawatan
#Majlis Hak Asasi Manusia PBB
#Francesca Albanese
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan