DUNIA
3 cedera dalam kejadian tembakan di pusat Islam Zurich

Polis bagaimanapun, enggan memberi kenyataan dan menutup kawasan blok bandar berkenaan. - Foto AFP / MICHAEL BUHOLZER
Tiga cedera selepas seorang penembak melepaskan tembakan berdekatan sebuah pusat Islam di Zurich.
Menurut laporan media di Switzerland dan Reuters, suspek kemudian melarikan diri selepas insiden.
Polis bagaimanapun, enggan memberi kenyataan dan menutup kawasan blok bandar berkenaan.
Sehingga kini, tiada kepastian tembakan berkenaan disasarkan kepada pusat Islam atau perniagaan lain berdekatan.
Laporan Al Jazeera turut menyebut suspek masuk ke dalam ruang solat sebelum melepaskan tembakan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami