23 Delegasi Malaysia Bebas dari Israel, Kini di Istanbul untuk Pemeriksaan & Sokongan – Ikuti Perkembangan Terkini di sini
DUNIA

3 maut, 14 cedera insiden tembakan di taman awam AS

Bernama 23/03/2025 | 03:30 MYT
Mangsa yang terkorban termasuk dua lelaki berusia 19 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun. - Foto AP
HOUSTON: Insiden tembakan di sebuah taman awam di New Mexico, Amerika Syarikat pada malam Jumaat mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga maut dan 14 lagi cedera, lapor Xinhua.

Pihak berkuasa tempatan mengesahkan bahawa mangsa yang terkorban termasuk dua lelaki berusia 19 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun.

Sementara itu, mangsa yang cedera berusia antara 16 hingga 36 tahun dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Siasatan masih dijalankan dan setakat ini tiada tangkapan dibuat.

-- BERNAMA






#tembakan #taman awam #remaja #tangkapan