DUNIA
  
            3 maut, 3 cedera dalam kebakaran hotel di Jakarta
Sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala tiga lagi cedera selepas kebakaran di sebuah hotel di selatan Jakarta lewat Khamis. - Gambar hiasan
            
      JAKARTA: Sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala tiga lagi cedera selepas kebakaran di sebuah hotel di selatan Jakarta lewat Khamis, lapor Xinhua.
Menurut polis tempatan, kebakaran bermula kira-kira 11.50 malam waktu tempatan Khamis di Hotel F2 di mukim Kebayoran Baru, dan berjaya dipadamkan pada 2.40 pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Tribuana Roseno memberitahu media bahawa tiga tetamu hotel yang terperangkap di dalam bilik tanpa sistem pengudaraan, maut dalam insiden itu.
Siasatan awal mendapati puntung rokok menjadi punca kebakaran.
-- BERNAMA