DUNIA
3 maut, 56 selamat dalam insiden bot terbalik di selatan Greece
Operasi mencari dan menyelamat berskala besar sedang dijalankan dalam keadaan laut bergelora bagi mengesan kemungkinan mangsa yang masih hilang. - Foto Mokpo Coast Guard
ATHENS: Tiga orang maut dan 56 yang lain diselamatkan selepas sebuah bot yang membawa pelarian terbalik di perairan selatan pulau Gavdos, Greece pada Selasa, lapor Xinhua yang memetik penyiar nasional ERT.
Pengawal Pantai Greece berkata operasi mencari dan menyelamat berskala besar sedang dijalankan dalam keadaan laut bergelora bagi mengesan kemungkinan mangsa yang masih hilang.
Mangsa yang terselamat tidak dapat mengesahkan jumlah sebenar penumpang di atas bot ketika ia karam.
Agensi Pengawal Sempadan dan Pantai Eropah (Frontex) membantu pihak berkuasa Greece dalam operasi berkenaan. Kewarganegaraan mangsa dan mereka yang terselamat masih belum disahkan.
-- BERNAMA