Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
DUNIA

3 maut, puluhan cedera susulan gempa magnitud 5.7 di Dhaka

Astro Awani 21/11/2025 | 08:00 MYT
Gempa bumi magnitud 5.7 menggegarkan Dhaka, menyebabkan tiga maut dan puluhan cedera. -Foto USGS
DHAKA: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera selepas gempa bumi bermagnitud 5.7 menggegarkan Dhaka dan kawasan sekitarnya pada pagi Jumaat.


Ringkasan AI
  • Gempa bumi magnitud 5.7 menggegarkan Dhaka, menyebabkan tiga maut dan ramai cedera, termasuk pekerja kilang di Gazipur.
  • Identiti mangsa masih belum dikenal pasti, dengan beberapa pekerja dilaporkan cedera ketika cuba menyelamatkan diri daripada gegaran.
  • Gegaran selama hampir satu minit memunculkan panik dalam kalangan penduduk, menyebabkan struktur bangunan retak dan perancah tumbang di beberapa kawasan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Menurut laporan United News of Bangladesh (UNB), kejadian berlaku pada jam 10.38 pagi waktu tempatan apabila pagar penghadang sebuah bangunan di Koshaituli runtuh dan menimpa tiga individu.

Timbalan Pesuruhjaya Bahagian Lalbagh Polis Metropolitan Dhaka, Mallik Ahsan Uddin Sami, memaklumkan identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Beberapa pekerja kilang di daerah perindustrian Gazipur turut cedera ketika cuba menyelamatkan diri daripada gegaran.

Mereka dilaporkan terjatuh atau terhimpit ketika bergegas keluar dari premis masing-masing.

Jabatan Meteorologi Bangladesh (BMD) memaklumkan pusat gempa terletak kira-kira 13 kilometer di timur Pusat Seismik BMD di Agargaon, Dhaka, dengan kedalaman 10 kilometer. Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) mengenal pasti Narsingdi sebagai lokasi pusat gempa.

Gegaran selama hampir satu minit itu mencetuskan panik dalam kalangan penduduk, dengan ramai melarikan diri ke kawasan terbuka. Beberapa struktur bangunan dilaporkan retak, manakala perancah tumbang.

Pihak berkuasa kini menjalankan operasi pemantauan dan bantuan kecemasan, manakala hospital di Dhaka dan Gazipur bersiap siaga menerima mangsa.*






Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah bilangan kematian yang dilaporkan akibat gempa bumi di Dhaka?
    A: Sekurang-kurangnya tiga orang dilaporkan terbunuh akibat gempa bumi di Dhaka.
  • Q: Bagaimanakah kejadian pagar penghadang bangunan di Koshaituli berkaitan dengan kejadian gempa bumi?
    A: Kejadian pagar penghadang bangunan di Koshaituli yang runtuh berlaku pada masa gempa bumi berlaku, menimpa tiga individu.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh beberapa pekerja kilang di Gazipur ketika berlaku gempa bumi?
    A: Beberapa pekerja kilang di Gazipur dilaporkan cedera ketika cuba menyelamatkan diri daripada gegaran dengan terjatuh atau terhimpit ketika bergegas keluar dari premis masing-masing.
  • Q: Di manakah pusat gempa bumi di Dhaka dilaporkan terletak?
    A: Pusat gempa dilaporkan terletak kira-kira 13 kilometer di timur Pusat Seismik BMD di Agargaon, Dhaka, dengan kedalaman 10 kilometer.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa setelah gempa bumi berlaku di Dhaka?
    A: Pihak berkuasa sedang menjalankan operasi pemantauan dan bantuan kecemasan, manakala hospital di Dhaka dan Gazipur bersiap siaga menerima mangsa kejadian gempa bumi.



#Bangladesh #skala Richter #gempa bumi #Dhaka