DUNIA

3 mayat ditemukan selepas letupan kilang makanan di tengah Greece

Bernama 26/01/2026 | 11:23 MYT
Laporan awal menunjukkan letupan mungkin berpunca dari kawasan berhampiran relau, namun punca sebenar masih dalam siasatan. - Foto REUTERS/Thanos Floulis
ATHENS: Tiga mayat ditemukan susulan satu letupan di sebuah kilang makanan di bandar Trikala, tengah Greece, manakala dua pekerja masih dilaporkan hilang, lapor Xinhua memetik Perbadanan Penyiaran Hellenic pada Isnin.

Letupan berlaku pada awal pagi Isnin di kilang biskut "Violanta" dan mencetuskan kebakaran, menurut Hellenic.

Kesemua mayat ditemukan beberapa jam kemudian dan operasi menyelamat masih diteruskan bagi mengesan pekerja yang hilang.

Letupan itu menyebabkan kerosakan teruk pada bangunan kilang. Laporan awal menunjukkan letupan mungkin berpunca dari kawasan berhampiran relau, namun punca sebenar masih dalam siasatan.

-- BERNAMA

#letupan #tengah Greece #mayat ditemukan #Trikala