KAHERAH: Tiga pelancong warga Britain hilang selepas sebuah bot yang membawa 27 penumpang terbakar ketika dalam pelayaran di pinggir laut berhampiran bandar peranginan Marsa Alam di Mesir pada Ahad, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan pihak berkuasa Red Sea Governorate, seramai 12 daripada 15 pelancong Britain bersama 10 anak kapal dan dua pemandu warga Mesir telah diselamatkan oleh bot lain manakala usaha mencari dan menyelamat tiga yang hilang masih diteruskan.
Siasatan awal menunjukkan kebakaran berkemungkinan berpunca daripada litar pintas di dalam bilik enjin bot.
Setiausaha Agung Red Sea Governorate, Mohamed Bendary, berkata kemalangan itu berlaku di luar pantai kawasan Elphinstone, kira-kira 25 kilometer ke utara Marsa Alam.
Menurut kenyataan itu, pihak berkuasa Mesir sedang menjalankan siasatan terperinci mengenai nahas berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 12 2023
Sebuah bot penyelamat kelihatan berhampiran bot yang sedang terbakar di Marsa Alam, Mesir, 11 Jun 2023. - REUTERS
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Nelayan melecur dalam kejadian bot terbakar meninggal dunia
Seorang nelayan yang melecur teruk dalam kejadian bot terbakar di pelantar ikan Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis pada Khamis lalu meninggal dunia pada Isnin.
3 pelancong Britain hilang dalam kebakaran bot di Mesir
Seramai 12 daripada 15 pelancong Britain bersama 10 anak kapal dan dua pemandu warga Mesir telah diselamatkan oleh bot lain.
14 maut selepas bot Nusa Tenggara Timur Indonesia terbakar
Seramai 14 penumpang maut selepas kapal KM Express Cantika 77 terbakar ketika menuju ke Kalaahi, Pulau Alor Indonesia pada petang Isnin.
Bot terbakar di Mersing, 20 nelayan asing diselamatkan - Maritim
20 nelayan asing berdepan detik cemas selepas bot yang dinaiki mereka terbakar dalam satu kejadian di perairan Kuala Endau, Pahang.
Lebih 20 maut dalam kejadian bot pelancong terbakar di utara Jakarta
Sekurang-kurangnya 20 terbunuh manakala hampir 100 orang diselamatkan dalam kejadian bot pelancong meletup hari ini.
Bot pemintas TLDM terbakar di Semporna, lima cedera ringan
Menurut TLDM siasatan awal mendapati kejadian mungkin berpunca daripada litar pintas atau kebocoran minyak di bot tersebut.