DUNIA
3 rakyat Filipina maut, 3 cedera akibat Taufan Wipha
NDRRMC turut melaporkan sejumlah 120,008 keluarga atau 370,289 individu terjejas di seluruh negara akibat Taufan Wipha. - Reuters
MANILA: Tiga rakyat Filipina maut manakala lebih 300,000 individu terjejas akibat Taufan Wipha beberapa hari kebelakangan ini, menurut pihak berkuasa Filipina pada Ahad, lapor Xinhua.
Setakat pagi Ahad, tiga orang dilaporkan maut di Filipina, manakala tiga lagi cedera dan tiga lagi dilaporkan hilang akibat kesan Taufan Wipha dan monsun barat daya, menurut Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) dalam laporan situasinya.
Menurut NDRRMC, angka korban yang dilaporkan bagaimanapun masih dalam proses pengesahan.
NDRRMC turut melaporkan sejumlah 120,008 keluarga atau 370,289 individu terjejas di seluruh negara.
Wipha melepasi Kawasan Tanggungjawab Filipina pada Sabtu. Ribut tropika kuat itu mencapai kekuatan taufan sebelum melanda selatan China pada Ahad.
Dalam buletin hariannya pada Ahad, biro kaji cuaca negara Filipina, PAGASA memaklumkan, monsun barat daya akan terus membawa hujan ke beberapa kawasan di seluruh negara.
--BERNAMA-XINHUA