DUNIA
3 terbunuh, 2 cedera dalam serangan jenayah terancang di sebuah bar Brazil
Polis dilaporkan telah mengenal pasti suspek serta kemungkinan motif serangan berkenaan. - Foto X/Mídia Bahia
SAO PAULO: Tiga orang terbunuh manakala dua lagi cedera dalam insiden tembakan awal pagi Sabtu di sebuah bar di perbandaran Jiquirica, negeri Bahia di timur laut Brazil.
Kejadian dipercayai mempunyai kaitan dengan pertembungan antara kumpulan jenayah terancang, lapor Xinhua memetik polis.
Menurut Polis Tentera, insiden tembakan itu berlaku di sebuah premis di pusat bandar.
Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai tiga lelaki masing-masing berusia 22, 24 dan 25 tahun.
Suspek melarikan diri dari lokasi kejadian selepas serangan itu.
Polis dilaporkan telah mengenal pasti suspek serta kemungkinan motif serangan berkenaan, menurut laporan media tempatan, Midia Bahia.
-- BERNAMA