3 wartawan Rusia maut diserang di Republik Afrika Tengah

Agensi
Ogos 1, 2018 01:30 MYT
Rakyat Rusia memberi penghormatan terakhir kepada tiga wartawan Rusia yang maut di Republik Afrika Tengah - Foto Getty / Sergei Savostyanov
Tiga wartawan Rusia terbunuh dalam satu kejadian serang hendap di luar bandar Sibut dekat Republik Afrika Tengah pada Isnin.
Menurut sumber kerajaan, ketiga-tiga mereka meninggalkan bandar berkenaan sekitar jam 7 malam dan diserang ketika berada antara dua kampung yang terletak kira-kira 23 kilometer dari lokasi.
Kementerian Luar Rusia dalam kenyataannya di Republik Afrika Tengah memberitahu, kehadiran wartawan berkenaan tidak dimaklumkan.
Ketiga-tiga mereka dikenal pasti sebagai Orhan Dzhemal, Alexander Rastorguyev dan Kirill Radchenko, difahamkan sedang membuat liputan berkaitan sebuah syarikat kontraktor pembekal peralatan pertahanan.
Jurucakap Republik Afrika Tengah, Ange Maxime Kazahui memberitahu, tiada akreditasi diberikan kepada kumpulan wartawan terbabit untuk membuat liputan.
Beliau turut berkata, siasatan terperinci telah digerakkan bagi mengenalpasti punca serangan.
#liputan #Rusia #serangan #Terbunuh #wartawan