INTERNATIONAL
30 diselamat selepas kapal Indonesia terbalik berhampiran Pedra Branca

Kesemua 30 kru kapal Facific Memory II berjaya diselamatkan selepas kapal itu terbalik berhampiran Pedra Branca pada pagi Selasa. - Gambar fail/ Reuters
SINGAPURA: Kesemua 30 orang yang berada di atas kapal berdaftar di Indonesia, Facific Memory II berjaya diselamatkan daripada perairan berhampiran Pedra Branca pada Selasa, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA).
Ringkasan AI
- Kesemua 30 kru kapal Facific Memory II berjaya diselamatkan selepas kapal itu terbalik berhampiran Pedra Branca pada pagi Selasa.
- Operasi menyelamat diselaraskan oleh MRCC Singapura, dengan bantuan kapal Andros Spirit yang menyelamatkan semua mangsa dari laut.
- Mangsa akan dibawa ke Batam, Indonesia, dan pihak berkuasa Indonesia serta Malaysia telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut.
"MRCC Singapura mengarahkan kapal pengangkut pukal berdaftar di Liberia, Andros Spirit, untuk menyelamatkan mangsa yang berada di dalam air.
"Kapal itu tiba di lokasi tidak lama kemudian dan berjaya menyelamatkan kesemua 30 individu yang berada di atas Facific Memory II," menurut kenyataan itu.
Kesemua individu yang diselamatkan akan dibawa ke Batam, Indonesia.
MRCC Singapura turut memaklumkan Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) dan MRCC Malaysia mengenai kejadian itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami