awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

30 remaja Korea Utara dihukum mati, penjara kerana tonton K-drama

Sinar Harian
Sinar Harian
08/07/2024
01:40 MYT
30 remaja Korea Utara dihukum mati, penjara kerana tonton K-drama
Pengaruh drama Korea Selatan dianggap berbahaya buat pemerintah Korea Utara. - Foto Sinar Harian/Agensi
PYONGYANG: Pemerintah Korea Utara menjatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup terhadap 30 remaja negara itu kerana menonton drama Korea Selatan (K-drama).
Pendedahan itu 'bocor' menerusi maklumat yang diperoleh daripada saluran televisyen Chosun pada Khamis yang kemudiannya menjadi tular di Korea Selatan.
"Baru-baru ini, 50 sehingga 60 remaja berusia sekitar 17 tahun di Korea Utara diketahui menonton drama Korea Selatan.
"Sementara 30 orang daripada mereka dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau mati," dedah sebuah pejabat kementerian di Korea Selatan.
Sebelum ini, wartawan televisyen Chosun, Lee Tae Hyung sering membuat liputan eksklusif berhubung pelanggaran hak asasi manusia di Korea Utara.
Laporannya kemudian diterbitkan oleh Kementerian Unifikasi (Penyatuan Semula) yang merupakan jabatan eksekutif pemerintah Korea Selatan yang bertujuan untuk mempromosikan penyatuan semula antara kedua buah negara.
Pada Disember 2020, Korea Utara menguatkuasakan undang-undang baharu di mana mereka yang didapati mengimport atau mengedar bahan-bahan audiovisual Korea Selatan, akan dijatuhi hukuman mati.
Sebelum ini pada Januari lalu, dua remaja berusia 16 tahun dijatuhkan hukuman melakukan kerja berat selama 12 tahun kerana kantoi menonton K-Drama. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#hukuman mati
#penjara seumur hidup
#remaja
#K-Drama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan