DUNIA

308 bas elektrik dilancarkan di Chile, usaha kurangkan pelepasan karbon

Astro Awani 16/07/2025 | 02:00 MYT
Lebih 300 bas elektrik telah mula beroperasi di ibu negara Chile pada Selasa sebagai sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk memodenkan sistem pengangkutan awam serta mengurangkan pelepasan karbon. - Foto REUTERS
SANTIAGO: Lebih 300 bas elektrik telah mula beroperasi di ibu negara Chile pada Selasa sebagai sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk memodenkan sistem pengangkutan awam serta mengurangkan pelepasan karbon.


Ringkasan AI
  • Chile memperkenalkan 308 bas elektrik di Santiago sebagai sebahagian daripada usaha memodenkan pengangkutan awam dan mengurangkan pelepasan karbon.
  • Menteri Alam Sekitar Maisa Rojas menekankan bahawa inisiatif ini selari dengan sasaran Chile untuk mencapai karbon neutral menjelang tahun 2050.
  • Program ini termasuk rancangan untuk menambah 1,800 lagi bas elektrik antara Julai 2025 hingga Mac 2026, dijangka memberi manfaat kepada lebih 5.8 juta pengguna.


Presiden Chile, Gabriel Boric, mengetuai majlis pelancaran armada baharu yang terdiri daripada 308 bas elektrik, disertai oleh Menteri Alam Sekitar, Maisa Rojas dan beberapa pegawai kanan lain.

Rojas menegaskan bahawa projek ini mencerminkan komitmen Chile dalam menangani krisis iklim, sambil menekankan kepentingannya dalam mencapai sasaran karbon neutral menjelang tahun 2050.

Dalam pada itu, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada Pelan Pembaharuan yang lebih besar, yang menyasarkan untuk mengintegrasikan sebanyak 1,800 lagi bas elektrik ke dalam rangkaian mobiliti awam antara Julai 2025 hingga Mac 2026.

Sementara itu, pegawai Kerajaan menjangkakan inisiatif ini akan memberi manfaat kepada lebih 5.8 juta pengguna di seluruh rantau tersebut.




#Chile #pengangkutan awam #bas #pelepasan karbon