DUNIA
31 warga Palestin maut, ditembak semasa terima bantuan
Seorang wanita menangis meratapi mangsa yang terbunuh semasa serangan oleh rejim Israel pada 2 Mac. - Tangkap layar video Reuters.
GAZA: 31 warga Palestin terbunuh ditembak oleh rejim Israel berhampiran pusat bantuan kemanusiaan di Rafah, Selatan Gaza pada Ahad, lapor agensi Reuters.
Ringkasan AI
Menurut organisasi kesihatan yang berpengkalan di Gaza, terdapat puluhan orang awam cedera parah dan angka kematian dijangka bertambah kesan daripada serangan pasukan bersenjata Israel yang melakukan tembakan secara rambang.
Tambah organsasi itu lagi, kejadian tersebut berlaku semasa orang awam berkumpul untuk mendapatkan bantuan, malah ambulans juga sukar untuk sampai ke tempat kejadian kerana operasi ketenteraan Israel berterusan.
Mohammed sambil menangis ketika ditemui Reuters berkata, abangnya antara mangsa yang ditembak semasa mendapatkan makanan untuk anak-anaknya dan menyifatkan tindakan Israel merupakan jenayah perang.
"Abang saya pergi ke sana untuk mendapatkan makanan untuk anak-anaknya, tetapi tentera Israel menembaknya. Dia hanya ingin mendapatkan sesuap makanan untuk anak-anaknya yang masih kecil.
"Mengapa mereka menembaknya? Mengapa mereka (Israel) menyuruh kami mendapatkan bekalan di sana? Mengapa orang dibunuh apabila mereka pergi? Ini satu jenayah.
"Israel berbohong kepada kita, ini satu jenayah, mereka berkata ia adalah bantuan kemanusiaan untuk orang awam, jadi mengapa mereka memperlakukan orang awam seperti ini?" soalnya.
Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pelarian Palestin (UNRWA) dalam kenyataannya berkata lokasi yang ditetapkan oleh pihak Israel-Amerika untuk tujuan bantuan diedarkan jauh dari Rafah.
Tambah UNRWA, kesannya menyebabkan ribuan warga Palestin harus berjalan beribu batu dan mendorong mereka ke kawasan yang disifatkan "perangkap maut".
Ahmed semasa ditemui media turut berkongsi pendapat sama dan menyeru agar masyarakat antarabangsa bertindak membantah kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel.
"Kami menyeru seluruh negara Arab dan masyarakat antarabangsa untuk menghentikan bencana pertumpahan darah ini, hentikan perang ini, mengapa perang ini menyasarkan sepenuhnya orang awam?
"Kami tidak bersenjata dan hanya mencari makanan dan air minuman yang bersih, kami pergi ke sana semata-mata untuk mencari makanan, Kami telah mengalami kekurangan air dan makanan selama lebih ratusan hari
"Anak-anak kita mati kelaparan dan dahaga, orang ramai mengikuti "panduan pasukan bersenjata Israel", tetapi ternyata ia adalah perangkap untuk orang awam," katanya.
Pada hari yang sama rejim Israel dalam kenyataan berkata, pihaknya tidak mengetahui mangsa yang terbunuh adalah daripada serangan mereka dan siasatan sedang dijalankan.
Israel menutup sempadan dan menyekat aliran bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 2 Mac, manakala akses terhad telah dibenarkan sejak 22 Mei.
Israel meneruskan serangannya ke atas Gaza pada 18 Mac, berikutan gencatan senjata selama dua bulan dengan Hamas.
Sejak dari tarikh serangan tersebut seramai 4,149 rakyat Palestin telah terbunuh dan 12,149 yang lain cedera. -- Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Serangan Israel mengorbankan 31 warga Palestin di Rafah: Pasukan bersenjata Israel didakwa melakukan tembakan rambang berhampiran pusat bantuan kemanusiaan, mengakibatkan kematian dan kecederaan serius dalam kalangan orang awam.
- UNRWA mengkritik lokasi bantuan yang ditetapkan: Agensi PBB menyatakan bahawa lokasi bantuan jauh dari Rafah telah memaksa rakyat Palestin berjalan jauh dan mendorong mereka ke kawasan yang disifatkan sebagai "perangkap maut."
- Israel menafikan bertanggungjawab atas kematian: Pihak Israel menyatakan mereka sedang menjalankan siasatan dan tidak mengetahui sama ada mangsa terbunuh akibat serangan mereka, walaupun konflik terus berlanjutan sejak Mac.