DUNIA
32 terbunuh selepas jambatan di lombong tembaga roboh di Congo
Sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh apabila sebuah jambatan di kawasan lombong tembaga di Republik Demokratik Congo roboh.
YAOUNDE (Cameroon): Sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh apabila sebuah jambatan di kawasan lombong tembaga di Republik Demokratik Congo roboh, menurut seorang pegawai kerajaan wilayah pada Ahad.
Bercakap kepada pemberita, Menteri Dalam Negeri Wilayah, Roy Kaumba Mayonde berkata, insiden yang berlaku pada Sabtu itu berpunca daripada "pelombong yang melintas secara tergesa-gesa", sehingga menyebabkan jambatan sementara itu roboh ke dalam parit, lapor Anadolu Ajansi.
Beliau berkata, siasatan telah dimulakan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab atas tragedi berkenaan.
"Walaupun terdapat larangan memasuki kawasan itu berikutan hujan lebat dan risiko tanah runtuh, pelombong haram tetap menceroboh masuk ke kawasan lombong," katanya.
Laporan media tempatan sebelum ini menyebut, seramai 70 orang mungkin terkorban dalam kejadian di Lombong Kalando di Mulondo, wilayah Lualaba.
Satu video yang tular menunjukkan sebahagian besar struktur di lombong itu runtuh, manakala mereka yang berada di lokasi bergegas menyelamatkan diri dalam keadaan panik.
Ramai pekerja juga dilaporkan masih terperangkap di bawah runtuhan ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan.
-- BERNAMA