33 terkorban bas bertembung dalam perjalanan balik kampung sempena Aidiladha di Pakistan

Agensi
Julai 19, 2021 12:31 MYT
Bas yang dipandu laju itu bertembung dengan trak treler dekat Taunsa di daerah Dera Ghazi Khan, Punjab. - Gambar/ AP
SEKURANG-KURANGNYA 33 orang terkorban dan lebih 40 yang lain cedera apabila sebuah bas yang membawa penumpang pulang ke kampung sempena Aidiladha merempuh treler di wilayah Punjab, timur Pakistan.
Menurut laporan Times Of India, bas yang dipandu laju itu bertembung dengan treler membawa kontena dekat Taunsa di daerah Dera Ghazi Khan, Punjab.
Bas itu dalam perjalanan menuju bandar Sialkot dari daerah Rajanpur.
Semua yang cedera dan terkorban termasuk pemandu bas itu yang maut di tempat kejadian, dihantar ke hospital berhampiran.
Pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian.
#Pakistan #Bas bertembung #balik kampung #Punjab #treler kontena