[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
INTERNATIONAL

340 cedera akibat mercun sempena Krismas dan tahun baharu di Filipina

Bernama 01/01/2025 | 10:18 MYT
Hampir 60 peratus daripada kecederaan berpunca daripada mercun berkuasa tinggi yang diharamkan. - Gambar hiasan
MANILA: Jabatan Kesihatan (DOH) Filipina pada Rabu melaporkan sebanyak 340 kecederaan akibat mercun direkodkan di seluruh negara sepanjang sambutan Krismas dan Tahun Baharu, lapor Xinhua.
DOH menyatakan jumlah keseluruhan kecederaan yang dicatatkan dari 22 Dis 2024 hingga 1 Jan 2025 adalah 34 peratus lebih rendah berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Menurut jabatan itu, hampir 60 peratus daripada kecederaan berpunca daripada mercun berkuasa tinggi yang diharamkan.
DOH juga memaklumkan bahawa 239 daripada mangsa adalah individu berusia 19 tahun ke bawah. Daripada keseluruhan 340 kes, 299 melibatkan lelaki dan 41 wanita.
-- BERNAMA
#Filipina #jabatan kesihatan #kecederaan #mercun #Krismas #tahun baharu