DUNIA
35 maut, puluhan cedera dalam letupan lori tangki minyak di Nigeria
Sekurang-kurangnya 35 orang maut dan 46 lagi cedera selepas sebuah lori tangki membawa muatan penuh minyak petrol yang terbalik dan meletup di Negeri Niger, tengah Nigeria. - Gambar fail/hiasan
ABUJA: Sekurang-kurangnya 35 orang maut dan 46 lagi cedera selepas sebuah lori tangki membawa muatan penuh minyak petrol yang terbalik dan meletup di Negeri Niger, tengah Nigeria, menurut pihak berkuasa tempatan pada Selasa, lapor Xinhua.
Komander Sektor Kor Keselamatan Jalan Raya Persekutuan, Aishatu Sa'adu yang mengesahkan kejadian itu kepada pemberita pada lewat Selasa berkata letupan itu berlaku ketika beberapa penduduk cuba mengaut petrol daripada lori tangki yang terbalik di Kampung Essa, kawasan kerajaan tempatan Katcha di negeri berkenaan.
Menurut Sa'adu, siasatan awal polis mendapati kemalangan itu melibatkan satu kenderaan sahaja dan "berpunca daripada pemandu lori tangki yang hilang kawalan" manakala kebanyakan mangsa melecur teruk.
Dalam kenyataan dikeluarkan Selasa malam, Gabenor Negeri Niger, Mohammed Umar Bago menyifatkan tragedi itu sebagai "membimbangkan, malang dan menyedihkan" serta "satu lagi detik yang menyakitkan dan sukar bagi rakyat dan kerajaan negeri."
-- BERNAMA