awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

35 terbunuh, pemandu sengaja pandu kenderaan rempuh orang ramai di China

Bernama
Bernama
12/11/2024
22:15 MYT
35 terbunuh, pemandu sengaja pandu kenderaan rempuh orang ramai di China
Imej pegun yang diambil daripada video media sosial menunjukkan orang ramai yang cedera terbaring di jalan selepas seroang lelaki memandu kenderaannya merempuh sekumpulan orang ramai di luar pusat sukan, di Zhuhai, China, 11 Nov 2024. - REUTERS
BEIJING: Seorang lelaki berusia 62 tahun disyaki dengan sengaja memandu kenderaannya merempuh sekumpulan orang ramai, menyebabkan 35 maut dan 43 lagi cedera, menurut pegawai keselamatan di Bandar Zhuhai, selatan China, pada Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Dalam kejadian yang berlaku pada Isnin malam itu, suspek menggunakan kenderaan lasak kecilnya untuk merempuh pintu pagar sebuah pusat sukan sebelum melanggar orang ramai yang sedang bersenam di situ.
Lelaki berkenaan ditahan polis ketika cuba melarikan diri, lapor pihak berkuasa.
Dia telah mencederakan dirinya sendiri dengan pisau sehingga mengalami kecederaan serius dan kini dalam keadaan koma, kata pihak keselamatan.
Siasatan awal mendapati punca serangan adalah rasa tidak puas hati terhadap pengagihan aset selepas perceraian, yang dipercayai mendorong tindakan ganas itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#kenderaan rempuh orang ramai
#rempuh pintu pagar pusat sukan
#orang ramai bersenam di pusat sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan