DUNIA
360 petugas perubatan Gaza ditahan, dunia digesa campur tangan
Sekurang-kurangnya 360 petugas kesihatan termasuk doktor telah ditahan oleh tentera Israel di Gaza sejak konflik bermula pada Oktober 2023. -Gambar fail/Reuters
GAZA: Sekurang-kurangnya 360 petugas kesihatan termasuk doktor ditahan tentera Israel di Gaza sejak tercetusnya konflik pada Oktober 2023, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Gaza hari ini.
Ringkasan AI
Mereka yang ditahan dilaporkan berada dalam keadaan yang tragik dan sangat menyedihkan, sekali gus menafikan ribuan rakyat Palestin yang cedera daripada mendapat rawatan sewajarnya, lapor Al Jazeera.
Kementerian Kesihatan turut menggesa campur tangan segera komuniti antarabangsa untuk mengklasifikasikan tindakan penahanan ini sebagai jenayah dan menekan Israel agar membebaskan kesemua petugas perubatan terbabit.
Menurut statistik kementerian, seramai 1,400 petugas kesihatan telah terbunuh dalam serangan tentera Israel di seluruh Gaza sejak konflik bermula.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 360 petugas kesihatan termasuk doktor telah ditahan oleh tentera Israel di Gaza sejak konflik bermula pada Oktober 2023.
- Penahanan ini menyebabkan ribuan rakyat Palestin yang cedera tidak mendapat rawatan sewajarnya, dengan keadaan para petugas dilaporkan sangat tragik dan menyedihkan.
- Kementerian Kesihatan Gaza menggesa campur tangan antarabangsa untuk mengklasifikasikan tindakan ini sebagai jenayah dan menekan Israel agar membebaskan kesemua petugas perubatan terbabit.