37 menteri baharu Sri Lanka angkat sumpah

Bernama
September 8, 2022 10:17 MYT
Antara menteri yang mengangkat sumpah ialah, Menteri Kewangan Shehan Semasinghe, Menteri Pertahanan Pramitha Bandara Tennakoon dan Menteri Luar Tharaka Balasuriya. - Gambar hiasan
COLOMBO: Seramai 37 menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Presiden Ranil Wickremesinghe pada Khamis.
Majlis angkat sumpah itu diadakan di bangunan Sekretariat Presiden di Colombo, lapor Xinhua.
Antara menteri yang mengangkat sumpah ialah, Menteri Kewangan Shehan Semasinghe, Menteri Pertahanan Pramitha Bandara Tennakoon dan Menteri Luar Tharaka Balasuriya.
-- BERNAMA
#Sri Lanka #Kabinet baharu Sri Lanka #menteri baharu #bilangan menteri baharu sri lanka